Monday 23 February 2015

Maklumat Asas



MAKLUMAT ASAS SEKOLAH

PERKARA
MAKLUMAT
CATATAN
1. Kod Sekolah
PBA 2014

2. Gred
A

3. Lokasi
Luar Bandar

4. Sesi
Pagi

5. No. Telefon
604 5752431

6. No. Faksimili
604 5792458



NAMA PENTADBIR SEKOLAH

NAMA
JAWATAN
MULA KHIDMAT DI SKPK
1. En. Noor Azhar b Mansor
GB
3 Mei 2011
2. En. Norhalim bin Ithnin @ Maon
PK 1
1 Nov 2012
3. Pn. Shahlela bt. Harun
PK HEM
15 Dis 2014
4. En. Mohammad Sabarullah b. Shaik Ismail
PKKK
16 Mei 2014

MAKLUMAT STAF

PERKARA
LELAKI
PEREMPUAN
JUMLAH
CATATAN
Guru
12
38
50
·          
Staf
4
6
10

Jumlah
 16
44
60

                        

Pengenalan



SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Paya Keladi mula dibina oleh penduduk setempat pada tahun 1885, bertempat di Permatang Tinggi B. Sekolah ini dinamakan Sekolah Tok Man Chai, mengambil sempena nama Guru Besar yang pertama. Pada tahun 1885 sekolah kedua dibina, bertempat di Paya Keladi Hujung, dikenal dengan nama Sekolah Tok Edam, mengambil sempena nama Guru Besar pada masa itu.

Pada tahun 1908, Kerajaan British telah membina sekolah baru (JKR A20) di tapak yang sedia ada sekarang. Sekolah ini telah diserahkan kepada TBK, KEMAS pada tahun 1977, seterusnya berpindah ke Permatang Langsat, Pinang Tunggal.

Pada tahun 1928 sebuah sekolah dibina, bangunan dua tingkat (JKR A21) dua bilik darjah. Bagi menampung pertambahan murid sebuah bangunan tambahan dibina secara bergotong-royong pada tahun 1950.

Pada tahun 1969, sebuah lagi bangunan dibina (JKR 900) mengandungi 9 bilik darjah, pejabat dan stor. Bangunan ini telah dirasmikan oeh YB Datuk Mohamad b Rahmat, S/U Perlimen Kem. Pel. Pada tahun 1972.

Pada tahun 1976 sebuah lagi bangunan dibina 2 tingkat (JKR 1313), 4 bilik darjah. Bangunan ini dirasmikan oleh Y.Bhg. Datuk Murad b Hj Mohd Noor, KPPM pada tahun 1976.

Pada  tahun 2000 sebuah lagi bangunan tambahan 4 tingkat dibina (JKR 2412) mengandungi 6 bilik darjah, pejabat, bilik guru, makmal sains dan PSS, untuk menampung bilangan murid yang bertambah dari masa kesemasa.

Pada tahun 2007, sebuah lagi bangunan tambahan 4 tingkat dibina ( JKR (P) 2697 (A) yang mempunyai 8 bilik darjah yang baru, makmal sains , makmal komputer, bilik SPBT ( BOSS ), Bilik Gerakan Kurikulum, Bilik Keselamatan , Bilik Bimbingan dan Kaunseling, Kedai Buku , Bilik Mesyuarat dan Dewan Terbuka.